responsive website templates


ABOUT 'KONSERT HIP ROCK '19 : CULTURE SYIOK'

Pelajar Tahun 2 Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya ASWARA bakal membawakan Konsert Hip Rock ‘19 : Culture Syiok.

Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok akan membawakan kepada penonton penyampaian dua genre yang berbeza iaitu Hip Hop dan Rock di mana setiap susunan lagu yang ditampilkan diberikan nafas baharu khas kepada semua penonton yang hadir. Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok ini akan mempersembahkan lagu-lagu Hip Hop dan diikuti juga Rock yang digabungkan menjadi satu untuk tontonan semua. Objektif utama Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok diadakan adalah untuk memperkenalkan sub genre dalam genre utama Hip Hop dan Rock seterusnya digabungkan menjadi HipRock, konsep Edu-Tainment juga merupakan nadi yang ingin ditonjolkan dalam konsert ini. Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok ini mengenakan tema “Mix” berikutan kesesuaian gubahan, nafas dan cara persembahan yang kreatif pada keseluruhannya. Antara barisan artis yang bakal mewarnai sepanjang persembahan Konsert Hip Rock’19 Culture  Syiok ialah FareedPF (K-Clique), Alyssa Rosli dan Lawalah Familia serta penampilan  khas DJ Mocx. Artis lain seperti Serra Kamal, Akmal Ayub, Syawal Afro, Elly Yusni, Jiha Akhir, Irfan, May, Dekwa, Asif Zaim, Dhiya Suhaili dan juga Mior Ahmad serta Afiq Rahim. Konsert Hip Rock ’19 Culture Syiok telah mendapat kerjasama dan penajaan
dari Puffy Enterprise dan 2Twenty2 Studio.

Mobirise

SAVE THE DATE!

📅 : 22 November 2019
📍 : Panggung Eksperimen ASWARA
⏰ : 8:30 P.M.
💵 : Masuk dengan sumbangan minimum RM10

Address

Panggung Eskperimen ASWARA, 
464, JALAN TUN ISMAIL, 50480 KUALA LUMPUR.

Contacts

Phone:
Zaini Zaqir (PM) 🔗 010 449 7107
Shazwani 🔗 018 983 0060